Wednesday, August 5, 2009

Kau Tetap Di hati Ku Untuk Selamanya....

Salam..... Hari nie aku teringatkan si dia. Memang walau macam mana sekali pun aku sedih n aku kecewa sebab dia tak layan aku, atas sebab n alasan dia yg tertentu yg semestinya aku pun faham tp kadang2 buat2 tak mengerti (sbb aku terlalu rindukan dia) tapi aku tetap rindukan dia setiap waktu n setiap detik. Jab td aku sempat ym ngan mak dia. Aku sedih sangat coz mak dia cakap dia demam. Nape dia demam?? kalau lar aku dekat ngan dia, dah tentu aku g tengok dia. Sekurang2nya terubat lar rindu aku yg melampau2 kat dia nie. Tp nak buat macam mana, dia jauh sangat...... Sempat gak aku karang rasa hati aku semalam kat dia n anta msj...sebelum aku tido...sebenarnya aku agak happy gak coz pg Isnin dia ada msj aku time aku dalam kelas. Waaahhhh!! terharunya setelah sekian lama akhirnya dapat msj dari dia. Tak banyak yg dia msj, cuma suh jaga diri n tanya aku ade kelas tak. Mesti lar aku balaskan...aku cakap aku dalam kelas tp ngah tunggu kelas yg satu lg coz tuto pg tu cancel (kira ada masa nak brmsj lar). Tp dia balas balik sekali jer cakap kurang sihat pas tu suh aku kim salam kat fmly aku...aku msj pas tu dia tak balas dah...msj tu jer dah cukup buat aku sungguh happy sepanjang hari tu. Memang tak banyak...tp sebab aku teramat syg kat dia...tu dah cukup buat aku happy..Pas nie ntah pas berapa bulan plak dia nak msj aku balik...huhuhu... Semalam aku anta msj kat dia yg berbunyi.... Andai madu ku beri, manisnya mungkin tidak kau rasa.. Andai racun yang ku beri, pahitnya mungkin tidak kau peduli.. Apa itu maknanya CINTA, apa itu maknanya SETIA.. Mungkin kau mengerti tapi tak peduli.. Masa terus menjadi peneman setia ku.. terus menanti apa yang ku tak pasti.. Agar bisa kau merasa, manisnya madu ciptaan ku, pahaitnya racun gubahan ku.. Apa yg pasti, pahit dan manis yg tercipta.. Pastinya akan membuat kau tersenyum.. Kerana HATI ini tetap milik mu untuk selamanya. Ntah ape yg difikir kan, pas baca msj aku tu????. Aku cuma nak dia tahu...walau apa pun yg terjadi, hati aku nie tetap milik dia untuk selamanya. Bukan mudah untuk aku nak menyanyangi seseorg dan klu aku dah syg, aku sanggup berkorban apa saja untuk org tu, biar hati aku sakit, biar aku menderita..tapi tak mungkin aku boleh lihat org tu sakit n menderita. Memang perit apa yg aku lalui sekarang...tp semua tu aku sanggup lalui sebab aku sygkan dia dan hanya dia yg aku mahu dalam hidup aku. Aku berdoa dan berharap sangat semua pengorbanan aku selama nie tak sia2 dan dia akan jd milik aku satu hari nanti. Atau aku jd milik dia lar kan...huhuhuhu...aku juga berharap sangat yg dia kan tepati janji dia pada aku. Memang kadang2 aku tak boleh kawal hati n perasaan aku...tp tak lama pas tu aku sentiasa sedar balik...memang setakat nie dia insan terbaik yg Allah bg untuk hidup aku. Aku tak der ruang n tak der peluang nak cari salah diri dia selain alasan biasa yg selalu buat aku sedih. "dia tak msj, dia tak telifon, dia tak balas msj, dia tak angkat telifon". Selain pada tu apa salah diri dia yg boleh aku cakap???. Ntah lar...aku tak faham, aku pun kadang tak mengerti...aku masih bertahan kerana apa. Mungkinkah memang dia yg terbaik yg Allah nak bg kat aku???. Aku tak tahu...tp aku amat sygkan dia...memang pelik dan memang kadang2 susah nak diungkapkan..........

Saturday, August 1, 2009

Assalamualaikum...

Akhirnya aku mula gak tulis blog nie. Tp hari nie aku tak tahu nak tulis apa. Sebenarnya memang banyak yg nak aku luahkan. Semalam jer, hanya Tuhan yg tahu betapa sakit hati aku, menahan rindu aku kat dia. Tapi aku tahu dia tak pernah peduli. Entahkan dia ingat kat aku, entahkan tidak. Ntah lar...lagi aku fikir, lagi sakit kepala otak aku nie. Buka jer email hari nie...tu satu keajaiban...setelah sekian lama dia diam..dia ade anta email kat aku...aku pun buka lar ngan exitednya, ingat kan email apa lar yg dia anta kat aku. Rupa2nya email tu bukannye ape pun..just invite aku join something yang aku pun tak faham ape bende tu sebenarnya...cakap pasal sport...huhuhu.... Dah lar hati aku sakit...ingatkan terubat lar sikit, at least dapat email dari dia...tengok2 email pun ntah ape2. Semalam memang aku tenshion sangat, sampai2 aku terfikir..apa kata klu aku just cakap kat dia "CUKUP". Kalau lar tu yang aku buat, rasa2nya apa tindakan dia??? mungkin dia tak peduli pun. Ataupun paling2 dia fikir aku nie "TSUNAMI" lagi. Pas dua tiga hari aku dah COOL, aku nanti msj dia balik...macam biasa cakap "I'M SORRY". Sepanjang setahun lebih nie tu yang sedang berulang2 dalam hidup aku. Aku merajuk n makan hati, then aku pujuk diri aku sendiri, then macam biasa aku salahkan diri aku balik, yg aku nie pentingkan diri, tak fikir perasaan dia , tak fikir masalah dia...pas tu aku pulak yang pujuk dia. "PELIK TAK"???? Aku terasa hati, aku merajuk, aku pujuk diri sendiri and at the end, aku salahkan diri aku plak. Selama hampir setahun nie..nie lar yg aku ngah buat, dan ape yg buat aku kagum ngan diri aku sendiri (bukan lar nak puji diri aku pun, cuma kadang2 aku pelik ngan diri aku nie) aku boleh bertahan sampai macam tu sekali ngan dia. Ya ALLAH...sakit dihati aku nie hanya Kau yg maha tahu....perit yg aku tanggung nie hanya Kau yg Maha tahu segalanya. Memang depan org aku nampak o.k. Kadang nampak ceria n seronok jer kot...macam org tak der masalah, tapi yg tahu masalah aku nie kat USM tu rasanya cuma shma sorang jer... (tu lar keja kami, bila masuk kat bilik kuliah jer, duk dalam kelas, masing2 cerita masalah hati masing2, terus terang sepanjang buka sem baru nie, minda aku kosong....satu kelas pun aku tak pernah bg tumpuan..jahat kan aku???). Kejab tadi..apa tujuan dia on9 ym?? pas tu aku yg ngah kusyuk taip nie..dalam hati masih berbekas sakit menangis malam semalam...aku terus tukar letak bz kat situ...tak sampai 30 saat..terus dia dah offline... (Ya Allah...sakit hati aku hanya Kau yg tahu). Pas tu aku letak biasa balik..apa guna bukan dia nak layan aku pun...aku nie dah macam org bodoh..berjuta sms aku anta kat dia...(tak sampai lar juta kot..huhu..tapi banyak lar yg aku anta) satu pun tak berbalas. Hari Khamis malam kot aku tak ingat lar..huhu..aku anta MMS kat dia..siap bg gambar bunga ros yg tertulis THINGKING OF YOU....bawah tu tulis msj...i miss u :( apa yg aku dapat sebagai balasan msj tu??? Diam seribu bahasa....sebab tu malam semalam aku dah tak dapat menahan perasaan aku lagi...dah banyak kali macam nie...tapi sekarang aku rasa aku dah nak sampai satu tahap dimana aku nak cakap kat dia.... (aku dah tak boleh tahan lagi dan apa kata klu kita buat hal masing2???) jgn berharap pada aku dan aku tidak berharap pada dia lagi. Tapi sejauh mana hati aku cukup kuat utk bertindak macam tu??? Aku tak mampu!!! sebab aku masih teramat sayangkan dia. Aku tak berdaya..memang salah bagi mata masyarakat dia tak pernah layan aku..tapi dari segi hakikat n kebenaran..di mana salah dia??? Dia akan melebelkan aku sebagai seorg perempuan yg tak setia...(YER KER????) Fuhh!!! aku tak setia??? sungguh tiada ruang n peluang utk dia nak kata aku tak setia...aku mengaku memang aku jahat. Semenjak dua nie aku layan banyak org..of course lar 99.99% kaum adam...tapi aku sekadar berkawan dengan mereka. N ada kalanya terubat rasa sakit dihati aku nie bila ada kawan yg menunjukkan sikap ambil berat. Tapi semua tu ada batasan. Aku tak pernah sembunyikan status diri aku nie dah berpunya. N ramai gak yg mula menjauhkan diri once dah tahu aku nie dah ade yg punya. Aku tak kisah n aku tak peduli. Tapi ada gak segelintir yg still nak kawan ngan aku...(sekali lagi..aku memang seorg yg jujur..so aku tak pernah tipu keadaan hubungan kami yg tak berapa baik, jahat ker aku..salah ker aku, terus terang macam tu???). Tp aku cakap benda yg betul bila ada org yg tanya...(tak kuar dating ker?? Nie mesti ngah rindu kat bf...tak msj ker?? tak telifon ker??? apa yg nak aku cakap???????). Melainkan benar dan benar2 belaka lar. Tp aku still tak kata pun yg aku ngah kecewa..aku nak minta putus ker ape ker..atau amik kesempatan nak org tu layan aku...aku tak pernah ada niat macam tu melainkan just berkawan tak lebih dari tu...(Tu bukan namanya setia ker) atau setia tu perlukan rasa sakit??? kurung diri dalam bilik, menangis ingat kat dia...msj tak berhenti..telifon tak berhenti..tak dapat jawapan...menangis lagi..setia kena macam tu ker???? Ntah lar...aku dah tak tahu apa lagi yg boleh dan harus aku fikir.....sampai bila aku nak terus macam nie aku tak tahu.......