Wednesday, August 5, 2009
Kau Tetap Di hati Ku Untuk Selamanya....
Salam.....
Hari nie aku teringatkan si dia. Memang walau macam mana sekali pun aku sedih n aku kecewa sebab dia tak layan aku, atas sebab n alasan dia yg tertentu yg semestinya aku pun faham tp kadang2 buat2 tak mengerti (sbb aku terlalu rindukan dia) tapi aku tetap rindukan dia setiap waktu n setiap detik. Jab td aku sempat ym ngan mak dia. Aku sedih sangat coz mak dia cakap dia demam. Nape dia demam?? kalau lar aku dekat ngan dia, dah tentu aku g tengok dia. Sekurang2nya terubat lar rindu aku yg melampau2 kat dia nie. Tp nak buat macam mana, dia jauh sangat......
Sempat gak aku karang rasa hati aku semalam kat dia n anta msj...sebelum aku tido...sebenarnya aku agak happy gak coz pg Isnin dia ada msj aku time aku dalam kelas. Waaahhhh!! terharunya setelah sekian lama akhirnya dapat msj dari dia. Tak banyak yg dia msj, cuma suh jaga diri n tanya aku ade kelas tak. Mesti lar aku balaskan...aku cakap aku dalam kelas tp ngah tunggu kelas yg satu lg coz tuto pg tu cancel (kira ada masa nak brmsj lar). Tp dia balas balik sekali jer cakap kurang sihat pas tu suh aku kim salam kat fmly aku...aku msj pas tu dia tak balas dah...msj tu jer dah cukup buat aku sungguh happy sepanjang hari tu. Memang tak banyak...tp sebab aku teramat syg kat dia...tu dah cukup buat aku happy..Pas nie ntah pas berapa bulan plak dia nak msj aku balik...huhuhu...
Semalam aku anta msj kat dia yg berbunyi....
Andai madu ku beri, manisnya mungkin tidak kau rasa..
Andai racun yang ku beri, pahitnya mungkin tidak kau peduli..
Apa itu maknanya CINTA, apa itu maknanya SETIA..
Mungkin kau mengerti tapi tak peduli..
Masa terus menjadi peneman setia ku..
terus menanti apa yang ku tak pasti..
Agar bisa kau merasa, manisnya madu ciptaan ku,
pahaitnya racun gubahan ku..
Apa yg pasti, pahit dan manis yg tercipta..
Pastinya akan membuat kau tersenyum..
Kerana HATI ini tetap milik mu untuk selamanya.
Ntah ape yg difikir kan, pas baca msj aku tu????. Aku cuma nak dia tahu...walau apa pun yg terjadi, hati aku nie tetap milik dia untuk selamanya. Bukan mudah untuk aku nak menyanyangi seseorg dan klu aku dah syg, aku sanggup berkorban apa saja untuk org tu, biar hati aku sakit, biar aku menderita..tapi tak mungkin aku boleh lihat org tu sakit n menderita. Memang perit apa yg aku lalui sekarang...tp semua tu aku sanggup lalui sebab aku sygkan dia dan hanya dia yg aku mahu dalam hidup aku. Aku berdoa dan berharap sangat semua pengorbanan aku selama nie tak sia2 dan dia akan jd milik aku satu hari nanti. Atau aku jd milik dia lar kan...huhuhuhu...aku juga berharap sangat yg dia kan tepati janji dia pada aku. Memang kadang2 aku tak boleh kawal hati n perasaan aku...tp tak lama pas tu aku sentiasa sedar balik...memang setakat nie dia insan terbaik yg Allah bg untuk hidup aku. Aku tak der ruang n tak der peluang nak cari salah diri dia selain alasan biasa yg selalu buat aku sedih. "dia tak msj, dia tak telifon, dia tak balas msj, dia tak angkat telifon". Selain pada tu apa salah diri dia yg boleh aku cakap???. Ntah lar...aku tak faham, aku pun kadang tak mengerti...aku masih bertahan kerana apa. Mungkinkah memang dia yg terbaik yg Allah nak bg kat aku???. Aku tak tahu...tp aku amat sygkan dia...memang pelik dan memang kadang2 susah nak diungkapkan..........